CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 13, 2009

Tiada Maaf Bagi Penderhaka Negara!

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengenakan syarat ketat terhadap mana-mana warganegara yang memohon semula kerakyatan setelah bertindak melucutkannya untuk menjadi warganegara lain. Menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajaran Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, individu terbabit perlu melalui prosedur yang sama seperti warga asing lain yang ingin menjadi warganegara Malaysia. Katanya, tindakan tegas itu perlu kerana tindakan mereka yang sanggup membuang kerakyatan sebelum ini menunjukkan mereka tidak setia, tidak ikhlas dan tidak menghargai negara sehingga boleh dianggap sebagai penderhaka. "Ini bertujuan untuk memastikan orang lain serik dengan perbuatan seperti ini dan terpaksa berfikir sehingga 1,000 kali sebelum ambil keputusan untuk lucut kerakyatan dengan begitu mudah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai tindakan beratus-ratus rakyat Malaysia yang kini menjadi pelarian di Britain apabila permohonan mereka untuk menjadi warganegara itu ditolak sedangkan mereka telah melucutkan kerakyatan Malaysia. Sementara itu, Pensyarah Politik dan Polisi Awam Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain turut bersetuju dengan pandangan Ramlah dan mahu supaya mereka diberi kursus kenegaraan. Sepatutnya mereka harus berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya mereka menghargai kewarganegaraan yang telah diperolehi ini.

0 comments: